Nur Shahira :)







>
Kelebihan memberi salam
Sunday 2 June 2013 0 Nur Shahira

سم الله الرحمن الرحيم

 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



KAMAR-KAMAR DI SYURGA – bagi pemberi salam
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” tanya para sahabat.
“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa, dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”
“Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap.” Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.


Thanks for reading :)


Dakwah Islam
Saturday 1 June 2013 0 Nur Shahira
سم الله الرحمن الرحيم

 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ







Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya. Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat” Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari? Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan? Apakah Ilmu Allah yang telah disebari? Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan? Bagaimanakah rezeki Allah digunakan? Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam? Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam? Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin? Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah? Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.


Thanks for reading :)


Muhasabah diri - Menilai diri
Saturday 9 February 2013 0 Nur Shahira
سم الله الرحمن الرحيم

 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ







Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.
Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”
Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
  • Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
  • Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
  • Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
  • Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
  • Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
  • Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
  • Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
  • Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
  • Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.



Thanks for reading :)


Kesilapan Di Dalam Solat
Friday 28 December 2012 0 Nur Shahira

سم الله الرحمن الرحيم

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

                                       
  • Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.
  • Berdiri di atas satu kaki
  • Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.
  • Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.
  • Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".
  • Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.
  • Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.
  • Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.
  • Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.
  • Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.
  • Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.
  • Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."
  • Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.
  • Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.


Thanks for reading :)


Kejiranan dalam islam

بسم الله الرحمن الرحيم

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Kehidupan berjiran adalah suatu budaya hidup yang dituntut oleh Islam. Budaya yang diamalkan oleh kita pada hari ini, iaitu menghormati jiran dan menjaga hak-hak jiran kita. Kita bersyukur kepada Allah kerana mendapat jiran yang baik dengan menghormati kita sebagai jirannya.
Namun demikian ada juga yang malang sebab mendapat jiran yang tidak menjaga hak kita sebagai jiran atau jiran kita pula tidak mendapat jiran yang menjaga haknya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berbuat baiklah kepada jiran yang berjiran denganmu, nescaya engkau menjadi seorang muslim (yang sejati).”
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, “Bimbingan Mukmin” menyatakan beberapa hak dan tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:
  • Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.
  • Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.
  • Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.
  • Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.
  • Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya.
  • Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik
  • Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana.
  • Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya
  • Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran.




Thanks for reading :)


Perjalanan terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl







Setiap daripada kita akan merasai apa yang sering mahu dihindarkan oleh manusia iaitu kematian. Biar di ceruk mana kita berada, biar di dasar laut mana kita sembunyi, kematian adalah satu hal yang pasti. 

Segala perkara yang kita lakukan di dunia ini belum pasti jadinya, kecuali satu hal yakni kematian. Bezanya antara setiap manusia itu adalah waktunya. Adakah ia datang sebentar sahaja lagi atau mungkin setahun lagi atau boleh jadi lama lagi. Kita tidak tahu waktu yang pasti saatnya akan tiba. 

Kita tidak perlu mengucapkan yang kita tidak mahu meninggal di awal usia kerana masih belum bersedia, kerana hakikatnya kita sering tidak bersedia. Mereka yang bersedia adalah mereka yang sering mengingati akan datangnya kematian. 

Hidup ini penuh dengan ketidakpastian namun mati itu adalah sesuatu yang sudah pasti terjadi. Ðisebabkan terleka dengan kesibukan dunia, maka kita sering terlupa untuk menyediakan bekal kehidupan yang tidak berteman, tanpa saudara dan jauh pula dari harta. 

Apa yang ada di samping kita, ketika itu hanyalah bekal yang kita siapkan, sama ada cukup atau tidak, itu bukan persoalan kerana kita juga tidak tahu apa yang dikatakan cukup itu. Apa yang pasti adalah, adanya bekalan. Bekalan yang perlu kita sediakan bukan hanya setiap hari, bahkan setiap saat. Saat datangnya kematian maka terbukalah segala hijab. 

Jika kita sombong mengatakan yang kita bersedia, pada saat itu terjawablah segalanya. Kita mungkin memilih jalan yang salah. Kita mungkin terpesona dengan apa yang ada di sisi. Pesan seorang guru, sehebat mana kita di dunia, sedalam mana ilmu yang kita pelajari, ketahuilah bahawa di saat kematian menjelma, banyak perkara tidak terjangka boleh berlaku. Maka katanya lagi, jauhilah kesombongan dengan mengingati saat yang bakal datang itu. 

Tersalah langkah ketika ‘pulang’ 

Terdapat dua perkara yang membuatkan kita tersalah langkah dalam kembali pulang kepada-Nya. Pertama, sebab musabab yang datangnya daripada kita sendiri. Kita tidak menitikberatkan kedatangan malaikat maut. 

Bagi kita, dalam usia yang muda, kebarangkalian untuk pergi dahulu itu lebih kecil. Tetapi kita mungkin terlupa yang malaikat maut tidak mengira tahap umur. Ðia akan datang mengikut jadual yang ditetapkan, tidak kurang walau sesaat dan tidak pula lebih walau sesaat. 

Mungkin benar dikatakan bahawa umur adalah kadar nafas. Angka hanyalah satu simbol kematangan fikiran tetapi umur nyawa terletak pada rangkaian nafas. Apabila nafas terhenti, maka di situ titik nyawa. 

Apabila kita dapat bernafas, maka panjanglah umur nyawa sedetik lagi. Memahami hakikat itu, maka kita perlu mensyukuri nikmat setiap saat, bukan hanya pada ketika kita gembira mendapatkan sesuatu. 

Kedua, adalah sebab musabab dari mereka yang berada di sisi. Bagaimana yang dikatakan orang-orang di sekeliling kita menyebabkan kita tersalah jalan ‘pulang’? Tahukah kita, secara tidak sedar, kita yang menghantar mereka dalam perjalanan terakhir ini sering merosakkan perjalanan mereka. 

Mereka yang sudah berada dalam lorong perjalanan terakhir seakan tahu waktunya semakin hampir. Tetapi mereka mungkin juga tidak memikirkan akan hal perjalanan mereka kerana memikirkan mereka yang bakal ditinggalkan pergi. 

Mereka mungkin memikirkan bagaimana kehidupan seseorang yang dikasihi itu apabila mereka tidak lagi berada di sisi. Fikiran mereka berada di lorong perjalanan terakhir tentang kehidupan mereka yang dikasihi ini menjadikan satu hijab tebal antara mereka dan Allah SWT. 

Menyesali tingkah laku 

Ketahuilah, mereka sudah nampak jalan untuk kembali tetapi dek sikap kita yang hidup ini menyebabkan mereka alpa untuk ‘pulang’. Mereka risau tentang kehidupan orang yang dikasihi nanti, sedangkan orang yang dikasihi tidak pula memikirkan kelangsungan perjalanan terakhir ini dengan lancar. 

Lancar bermaksud mereka pulang dalam husnul khatimah. Mereka pulang dalam keredhaan Allah SWT. Pernahkah kita terfikir yang kita juga bertanggungjawab dalam membantu perjalanan terakhir orang yang kita kasihi? Jika benarlah kita ingin mereka pulang dengan sempurna, maka janganlah kita jadikan diri kita ini hijab antara dia dan Tuhannya. 

Jangan biarkan mereka risau tentang kehidupan yang mereka tinggalkan. Jangan biarkan mereka sedih dengan perlakuan kita hingga jalan yang tadinya terang kini kelam. Akhirnya mereka pulang dalam kecelaruan. 

Adakah itu tanda kasih sayang kita yang hidup terhadap mereka yang pergi? Adakah setelah perjalanan terakhir sampai ke destinasi baru kini menyesali setiap tingkah laku yang menyebalkan mereka yang pergi hingga perginya tidak seindah yang diminta? 

Bagi kita yang masih hidup, kita masih boleh memperbaiki diri tetapi bagi mereka yang sudah bertukar alam, apa sahaja bekalan itu sahajalah yang ada. Justeru, kita perlu menginsafi diri agar perjalanan terakhir kita berlaku dengan lancar dan kita tidak pula membuatkan perjalanan terakhir orang yang kita kasihi, kucar kacir. 

Jika kita menjadi penyebabnya, maka mahukah kita apabila saat kita tiba nanti, orang lain menjadi penyebabnya hijab kita pula. Hidup ini cukup mudah tetapi kita yang menyukarkannya. Kita hanya perlu menjadi hamba Allah SWT yang taat dan kerja sebenar kita hanyalah beribadah kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita menyusahkannya apabila kita mengecilkan skop ibadah itu hanya pada ibadah khusus serta ritual tertentu, sedangkan ibadah dan kehidupan itu seiring. 

Semoga kita melengkapi perjalanan terakhir dengan sempurna dan kembali kepada-Nya dengan penuh kecintaan.


Thanks for reading :)


Ilmu agama akan beransur-ansur hilang
Wednesday 26 December 2012 0 Nur Shahira
بسم الله الرحمن الرحيم

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (H.R. Muslim)

Keterangan

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.


Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)

Keterangan

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun ‘cara hidup’ orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah saw ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru ‘cara hidup’ Yahudi dan Nashrani samaada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkan kami daripada mereka.


Thanks for reading :)




Older Post