|
Kesilapan Di Dalam Solat
سم الله الرحمن الرحيم
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

- Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.
- Berdiri di atas satu kaki
- Duduk
di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan
telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak
berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.
- Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.
- Menangkat
pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau
belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi
Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas
tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".
- Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.
- Menyambung
antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan
bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam.
Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.
- Makmum
pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan
takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.
- Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.
- Bagi
imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan
yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.
- Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.
- Jangan
bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu
makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila
diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum
mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau
hatinya mantap, tidak terpengaruh."
- Beberapa
ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat
iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat
solat) dan solat di tempat lalu lintas.
- Beberapa
larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan,
mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi,
menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara
kedua-dua paha ketika rukuk.
Thanks for reading :)
Older Post . Newer Post
Its me
Hello Earthings! im human just like you~
Aku bukan malaikat, dia bukan nabi, kau bukan tuhan. Kita hanyalah manusia biasa yg selalu melakukan dosa. Hanya gadis biasa yang diberi nama Nurshahira. Berusia 14 tahun dan menetap di Kangar,Perlis. Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau. Bukan seorang yang hendak menunjukkan dirinya hebat dan dipandang mulia di khalayak ramai. Tuhan ku hanyalah Allah S.W.T. Islam itu indah. :D